Sunday, August 23, 2009

Dekorasi 2008 (Bahagian Kedua)

Kami memohon maaf! Terdapat gambar yang mempunyai kualiti kurang memuaskan.


Classical Damas








Pucuk Pisang







Dekorasi 2008 (Bahagian Pertama)

Kami paparkan sebahagian dari hasil kerja dekorasi perkahwinan sepanjang tahun 2008. Jika terdapat sebarang pendapat, cadangan dan pertanyaan, sila tinggalkan komen ataupun email kepada Peterana Jingga di peterana_jingga@yahoo.com


Moden Kontemporari











Simple Garden










Dang Suria - Ad Samad


Kembalinya sebuah cinta


TIADA apa yang lebih manis buat personaliti televisyen Dang Suria Zainurdin dan penulis lirik terkenal Ahmad Shahadrian Samad atau Ad Samad apabila mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 27 Jun lalu.

Bermula daripada sahabat lalu ia bertukar menjadi cinta sejati yang menyatukan dua hati yang pernah terpisah ekoran waktu yang tertangguh.

Meskipun Dang Suria dan Ad Samad berada di dua aliran berbeza, namun seni telah mendekat diri mereka yang sebenarnya telah mengenali antara satu sama lain sejak zaman remaja.

"Kami kawan dan sudah kenal lama. Kami mampu berkongsi apa juga cerita. Dia juga seorang yang sangat ringkas dan bila bersama dengan dia saya bebas untuk bercakap apa sahaja tentang hidup dan kehidupan dunia," ujar Dang Suria tentang suaminya.

Kata-kata Dang Suria turut dipersetujui suaminya yang menjelaskan sikap isteri yang ringkas tetapi kompleks itu telah berjaya menambat hatinya.

"Saya senang bersama dengannya kerana dia seorang yang ringkas macam saya. Dan dia juga kawan saya," kata Ad Samad yang bertemu semula dengan isterinya sekitar Januari lalu.

Tambah Ad Samad, selepas bergelar suami kepada Dang Suria, perubahan secara perlahan-lahan dapat dirasai terutamanya soal pengurusan masa.

"Dalam bab pengurusan masa kenalah ubah sikit, rasanya sesiapa yang berkahwin pun akan alami perkara yang sama, kami juga perlu melaluinya," tutur Ad Samad.

Suka ringkas, sederhana

Meskipun kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini dikelilingi populariti, namun, baik Dang Suria mahupun Ad Samad, mereka lebih selesa memilih konsep ringkas dan sederhana untuk majlis perkahwinan.



Bagi mereka, apa yang penting perkara wajib bukanlah soal kemegahan majlis.

"Saya memang inginkan sebuah majlis yang ringkas dan telah berbincang terlebih dahulu dengan suami sebelum konsep majlis terlaksana.

"Buat apa nak buat majlis besar kalau hanya nak menunjuk-nunjuk? Bagi saya selagi kita ikut adat, tidak membazir dan semua tetamu gembira, kira okeylah," ujar Dang Suria.

Pengacara rancangan Awani Pagi itu juga menolak tanggapan perkahwinan selebriti harus dibuat secara besar-besaran, bermegah-megahan. Ini kerana kepada Dang Suria, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai selebriti tetapi hanya seorang pekerja biasa di stesen televisyen. Prinsip yang tidak pernah tertinggal ke belakang.

"Masyarakat kita yang memberi tekanan terhadap pasangan yang ingin berkahwin dan secara tidak langsung perkara yang mudah menjadi sukar.

"Sebenarnya perkahwinan ini mudah, cuma jangan terlalu membebankan diri untuk mengikut tuntutan masyarakat secara keterlaluan. Sedangkan yang berkahwin itu kita dan yang menanggung itu kita juga, terpulang kepada orang untuk bercakap apa saja.

"Bukanlah saya dan Ad tidak mampu tetapi kami selesa dengan cara kami. Saya tetap letak hantaran tetapi tidak perlulah nak menunjuk barang mahal-mahal, cukuplah hanya mengikut adat dan sekadar memeriahkan majlis," tutur Dang Suria yang memberitahu persiapan perkahwinannya hanya dilakukan dalam masa 10 hari sahaja.


RESTU keluarga sepenuh hati mengiringi permulaan pelayaran cinta.

Ad Samad juga mengaku persiapan majlis berlaku pada saat-saat akhir tetapi atas bantuan rakan-rakan dan keluarga, semuanya dapat berjalan dengan lancar.

"Persiapan majlis kami sama-sama rancang. Bila sudah pilih satu tarikh, kami terus siapkan apa yang patut termasuk soal dokumen.

"Bagi saya perkahwinan biarlah ringkas tetapi tetap menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila," kata Ad Samad yang hanya sekali lafaz sah menjadi suami kepada Dang Suria.

Pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd. Arip Johdi.


KEK berhias cantik, menjadi pemanis hantaran.

Dalam majlis yang berlangsung di kediaman kakak pengantin perempuan di Kota Damansara, Ad Samad turut menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh termasuk cincin perkahwinan disarung pasangan ini sewaktu majlis membatalkan air sembahyang. Persalinan pengantin direka oleh Putra dari Butik Cosry, Bangsar dan hantaran disediakan Peterana Jingga.

Dinar emas dijadi mas kahwin oleh Ad Samad kerana nilainya yang tidak pernah susut dan semakin meningkat mengikut harga pasaran emas.

Bulan madu

Bercakap soal bulan madu, Ad Samad memberitahu dia dan isterinya belum berkesempatan untuk bercuti panjang dek kesibukan kerjaya masing-masing.

"Sebenarnya kami baru balik dari Batam, Indonesia tetapi hanya untuk berehat. Untuk bulan madu kami belum tetapkan destinasinya, mengikut perancangan mungkin bulan depan.

"Bagi saya istilah bulan madu bukannya hanya ke luar negara tetapi pada hari-hari biasa pun boleh kata bulan madu ia semua terletak dalam fikiran dan perasaan.

"Tetapi untuk masa hadapan, saya akan terapkan konsep percutian tahunan buat kami sekeluarga," kata Ad Samad yang hanya mengambil cuti seminggu untuk majlis perkahwinan ini.


HANTARAN untuk pihak perempuan, ikhlas dari sang suami.

Dang Suria pula secara bersahaja sempat bergurau bahawa bulan madu bagi dirinya, cukup sekadar dapat memegang tangan Ad Samad sebagai suami.

"Dapat pegang tangan Ad pun, satu bulan madu kepada saya," kata Dang Suria dalam tawa riang.

(Dipetik dari Kosmo! Online)

27 Jun 2009

Kediaman Dang Suria

Konsep Moden Kontemporari

Dekorasi & Pelamin oleh Peterana Jingga

Hantaran oleh Peterana Jingga



Pelamin dengan konsep moden kontemporari






Tentang Kami

Peterana Jingga Enterprise memulakan perkhidmatan perkahwinan secara rasminya pada tahun 2006. Kami menyediakan pelbagai khidmat perkahwinan antaranya konsultasi (wedding planner), dekorasi (pelamin dan hantaran), kostum pengantin (koleksi dan tempahan) serta tatarias dan dandanan.

Kami memohon maaf di atas kekurangan maklumat didalam blog ini serta berusaha untuk menambahbaik informasi serta protfolio kami.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mahupun temujanji, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami melalui:
  • Tawfiq 019-3593703
  • As 012-6290205
atau e-mail ke peterana_jingga@yahoo.com

Pelan Lokasi Peterana Jingga
Align Center
View Larger Map

Peterana Jingga
Blok D228, Suria Apartment, Jalan PJU 10/4A
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor.

Lokasi temujanji boleh dibuat mengikut kehendak anda. Kami sedia membantu anda merealisasikan perkahwinan yang anda impikan.